Majlis ‘Cabaran Idea Perdana’

Dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) akan mengadakan majlis ‘Cabaran Idea Perdana’ iaitu merupakan acara kemuncak program ‘Cabaran Idea UKM’.

Majlis ini akan menghimpunkan kesemua finalis idea terbaik pada bulan Mei hingga Ogos 2015. Majlis ‘Cabaran Idea Perdana’ turut mempertandingkan lima (5) finalis pelajar yang telah terlibat di dalam acara sambutan Hari Inovasi pelajar baru yang telah diadakan di DECTAR pada 4 September 2015 yang lalu.

Majlis yang menggunakan pendekatan bicara tuntas ini akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 September 2015 (Selasa)
Tempat: Puri Pujangga UKM
Masa: 2.00 petang – 5.00 petang