SYARAT & PENYERTAAN

Sebelum menyertai program ini, anda dikehendaki membaca, memahami dan memenuhi  syarat-syarat berikut :

SYARAT & PENYERTAAN

  1. Cabaran Idea UKM terbuka kepada warga UKM (individu/berkumpulan). Hanya satu (1) nama sahaja yang boleh didaftarkan semasa penyertaan. Penyertaan melebihi satu kali dibenarkan tetapi dengan idea yang berbeza. Nama ahli kumpulan yang terlibat boleh disenaraikan dalam ruang penyertaan.

  2. UKM akan mengiktiraf idea yang terpilih dan hadiah akan diberikan bagi idea yang terbaik.

  3. Idea boleh dihantar dalam bentuk seperti contoh berikut:

    1. Video (.avi, .amv, .divx, .mov, .mp4, .mpg, .rm, .swf, .wmv, .3gp) (tempoh masa untuk tayangan video ialah 3 minit)

    2. Audio (.mp3, .wav, .wma, .m4a, .m4p, .3gp) (tempoh masa untuk audio ialah 3 minit)

    3. Gambar (.jpeg, .gif, .bmp, .png) (saiz imej ialah 800px x 600px)

    4. Word (.doc, .docx)

    5. Powerpoint (.ppt, .pptx) (jumlah slide ialah tidak lebih dari 7 sahaja)

    6. PDF

  4. Pihak Urusetia tidak layak untuk menyertai cabaran ini

  5. Idea yang dikemukakan merupakan penyelesaian inovatif yang mampu menyumbang kepada warga UKM, komuniti dan penjanaan kewangan.

  6. Cabaran Idea UKM bukan portal aduan. (Mohon klik http://ewarga.ukm.my/efact/ untuk sebarang aduan.)

  7. Bagi kakitangan UKM, idea yang dikemukakan dalam Bahagian Inovasi, Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) boleh disalurkan dalam Cabaran Idea UKM ini.

                    Penafian: UKM komited untuk melindungi data peribadi anda dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan perlindungan data peribadi di Malaysia.

Seterusnya, sila klik menu BORANG untuk mendaftar.

Terima kasih.

 

KRITERIA PENILAIAN

Kerelevanan Idea

Tahap kerelevanan kepada UKM

* Kerelevanan kepada KRA 1 – 6

Keupayaan menyelesai masalah

* Sama ada peringkat

  • Peringkat kolej/institute/fakulti

  • Peringkat UKM

* Mudah difahami/direalisasi/  dilaksana/  praktikal

Konsep Idea

Idea inovatif

* Idea yang dihasilkan dari komuniti UKM sama ada berbentuk penambahbaikan atau idea baru yang tidak pernah dilaksanakan.

Impak

Signifikan produk

* Berimpak tinggi – kesan kepada UKM; atau

* Berimpak sederhana – kesan kepada kolej/fakulti/institut/pusat

Kelebihan Idea

Mudah untuk implemen/digunakan

* Mudah untuk dilaksanakan dan praktikal.

Penjanaan Kewangan

Keupayaan untuk menjana kewangan

* Keupayaan untuk menjana atau penjimatan kewangan UKM